Guru-guru dan staf sesi 2013

Guru-guru dan staf sesi 2013

Thursday, February 7, 2013

Cuti Sempena Tahun Baru Cina

Salam bertemu kembali....

Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina akan bermula pada 10 dan 11 Februari ini. Sehubungan dengan itu, Sekolah Kebangsaan Kundang Patah akan mula bercuti pada 9 Februari hingga 17 Februari 2013.



Semoga cuti selama seminggu ini akan memberi manafaat kepada semua - guru dan murid-murid.

Kepada para guru yang akan pulang ke kampung, ingat pesanan penaja.... berhati-hati semasa memandu... ingat orang yang tersayang... (heheh)...

Kepada murid-murid.... pesanan penaja: Cuti..cuti jugak..... buku @ kerja rumah jangan lupa.... :D

Sunday, February 3, 2013

Sambutan Maulidur Rasul SKKP

Salam Maulidur Rasul...

Alhamdulillah... SK Kundang Patah telah berjaya melaksanakan Sambutan Maulidur Rasul pada hari Jumaat - 1 Feb 2013 yang lalu. Sebenarnya, Sambutannya telah bermula sejak seminggu sebelum itu lagi... Sambutan kali ini agak berbeza dari tahun lepas kerana tahun ini tiada perarakan dibuat. Tetapi itu tidak bermakna sambutannya tidak meriah...


Pantun bertemakan Maulidur Rasul -Ciptaan murid tahap 2.

Murid berselawat setiap pagi sebelum masuk kelas.


Semua murid berkumpul dan berselawat sepanjang minggu sambutan.

Kemuncak Sambutan Maulidur Rasul - Jumaat 1 Februari 2013 - 

Pembukaan Majlis dengan bacaan Al-Quran oleh murid tahun 6 -Abdul Hazim Abd Mutallib


Penceramah Jemputan: Ustaz Tarmizi Mat Arop

Persembahan murid...

Sepanjang minggu sambutan, pelbagai aktiviti yang dirancang dilaksanakan dengan jayanya. Kerjasama semua guru dan kakitangan, menjayakan program yang dirancang dengan cemerlang.

Semoga aktiviti berselawat yang dilaksanakan akan terus diamal sepanjang masa. Bukan sahaja di hari-hari tertentu sahaja. Penghayatan terhadap perjalanan sirah dan sunnah Rasulullah patut dijadikan panduan dalam kehidupan seharian kita.

Semoga semua murid dan para guru dapat mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah dalam kehidupan harian. Hanya dengan berpandukan Al-Quran dan Sunnah, kita mampu menjadi seorang insan yang berjaya dunia dan akhirat. Secara tidak langsung, apabila setiap individu menjadi individu muslim sejati, akan terbentuk satu komuniti muslim sejati.. seterusnya.. negara kita mampu menjadi sebuah negara Islam sejati....