Guru-guru dan staf sesi 2013

Guru-guru dan staf sesi 2013

Monday, November 18, 2013

Tiramisu Class

Assalamualaikum w.b.t.

Di sini saya ingin kongsikan 1 resepi mudah yang digemari oleh guru-guru di SKKP (sejak akhir-akhir ni)

Pada permulaannya, lama tak makan, jadi teringin dan menjadi kelaziman guru-guru perempuan di sini membawa apa jua juadah sesekali untuk dikongsikan. (sharing is caring) Kali pertama bawa, tidak semua orang dapat merasainya, almaklum sedikit cuma. ;) Jadi, ada permintaan dari guru Prasekolah untuk dibuat untuk Jamuan Akhir Tahun Prasekolah SKKP dan ihsan ibu Aina Zahra meminjamkan mixer. (again sharing is caring)

Dari kali ke2, melarat untuk kali ke3 Jamuan Akhir Tahun (nasib lah dah akhir tahun, kalau tidak, mungkin ada ke4 kot..hehe)

Ok, back to the point

Bahan-bahannya :

1 pek cream cheese (250g)
1 kotak whipping cream (200g)
200ml krimer pekat manis
2pek ladyfingers biscuits
sedikit serbuk koko untuk lapisan
sedikit nescafe untuk dibancuh celup-celup
sedikit Hershey's syrup perisa coklat

Cara-caranya :

1. Putarkan cream cheese sehingga lembut.
2. Masukkan whipping cream.
3. Masukkan krimer pekat manis.
4. Ketepikan adunan.
5. Sediakan bekas acuan.
6. Celup balikkan biskut dan susun dalam bekas.
7. Lapiskan dengan lapisan adunan cream cheese.
8. Ayak serbuk koko.
9. Zig zag sirap coklat.
10. Ulangi langkah 6 hingga 9.

Done !

 Versi single cup
Versi hidangan sekeluarga

Alhamdulillah selesai menunaikan hajat rakan-rakan. Saya suka melakukan sesuatu ;)


Sunday, November 17, 2013

Hari Anugerah Kecemerlangan Kukurikulum dan Graduasi Pra 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

14 November 2013 ( Khamis)

Hari ini mencatatkan sejarahnya yang tersendiri kerana pada hari ini: Majlis Anugerah Kurikulum diadakan serentak dengan pengumuman keputusan UPSR 2013.

Seperti biasa; seperti tahun-tahun sebelum ini, orang yang dipertanggungjawabkan untuk mengambil keputusan UPSR adalah Cikgu Shah Rum Shah. Di sebabkan Majlis Anugerah ini bersamaan tarikh dengan Keputusan UPSR, maka majlis dimulakan selepas keputusan diperolehi.

Seperti biasa, kepulangan Cikgu Shah Rum dari PPD dinanti dengan penuh debaran oleh para guru - terutamanya guru tahun 6. Debaran lebih terasa bagi 2 orang guru yang mempunyai anak yang menjadi calon UPSR SKKP iaitu Cikgu Fazillah dan Cikgu Nor Liza.

Alhamdulillah... keputusan yang diumumkan amat membanggakan SKKP. Seorang murid mendapat 5A dan 2 orang 3A 2B. Peratus kelulusan juga meningkat dari 63% ke 84%. Peratus kelulusan bagi setiap subjek juga meningkat dengan kelulusan 100% bagi BM Pemahaman, BM Penulisan dan Sains. Bagi matapelajaran BI dan Matematik hanya seorang murid gagal bagi dua matapelajaran tersebut yang memberi peratus kelulusan adalah 92%. Tahniah diucapkan kepada semua.

Keputusan UPSR tersebut turut diumumkan oleh guru besar di dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Kukurikulum yang diadakan selepas rehat.

Setelah itu, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi murid pra sekolah sempena Majlis Graduasi Pra . Seramai 6 orang murid akan naik ke tahun 1 tahun hadapan.

Majlis Anugerah diteruskan selepas itu dimulakan dengan penyampaian hadiah kepada murid tahun 1, tahun 2 dan seterusnya. Alia Natasya bt Sapri mendapat tepukan gemuruh apabila menerima hadiah kerana dia merupakan murid yang mendapat 5A dalam UPSR. Hadiah yang diterima berupa wang tunai sebanyak RM. 150 - sebagai insentif mendapat 5A dalam UPSR.


Sunday, November 10, 2013

Perkhemahan Unit Berunifom 2013

Alhamdulillah...
Perkhemahan Unit Berunifom 2013 berjalan lancar, walaupun dirancang dalam jangkamasa yang amat suntuk.

Aktiviti-aktiviti yang dirancang untuk perkhemahan kali ini amat berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Tentatif Program/Aktiviti:

jumaat:
3.30 ptg-5.00 ptg: Pendaftaran + pasang khemah + solat Asar
5.00  ptg - 6.30 ptg : Bina gajet + persediaan makan malam ( setiap kumpulan masak untuk kumpulan masing-masing)


Cikgu Syafini memantau ahli kumpulannya... masih ayu berdress... sebab stay back kat sekolah.. tak balik.. semata-mata untuk camping.. 

Budak lelaki pun pandai memasak tau....
  6.30 ptg- 7.00 mlm : Pengurusan diri. ( mandi dan bersiap sedia untuk solat Maghrib)
7.00 mlm- 9.00 mlm: Solat Maghrib + Tazkirah + Solat "Isyak
9.00 mlm -11.00 mlm: Sesi daripada PEMADAM

Penceramah bersama GPK 1, En. Shah Rum Shah selaku pengerusi majlis

Turut hadir, Penghulu Mukim Semantan, En  Malian..

Biodata penceramah..
Murid-murid terhibur dengan pelbagai video yang ditayangkan oleh penceramah. Semoga murid-murid SKKP memahami bahaya dadah dan terhindar daripadanya.
 
Sabtu 

5.30 pagi - 7.00 pagi: Pengurusan diri +solat subuh berjemaah + memasak untuk sarapan 
7.00 pg - 7.30 pg : Senaman pagi
7.30 pg - 8.30 pg: Sarapan
8.30 pg -9.00 pg: Pemeriksaan khemah ( Cikgu Rohani memeriksa kekemasan/ kebersihan khemah untuk pertandingan khemah terbaik)
9.00 pg-10.00 pg: Ice B'reaking



Dalam sesi ice breaking ini, para peserta dikehendaki mencipta logo dan sorakan untuk kumpulan. Setelah itu, mereka dikehendaki membentangkan hasil kumpulan di hadapan peserta-peserta lain. Disebabkan masa yang diambil lebih dari yang sepatutnya,  sesi diteruskan ( tak ada la minum pagi... lagi pun peserta masih kenyang lagi.. hasil nasi goreng yang dimasak paginya.. :) )

10.30 pg -11.30 pg : Teori Orianteering..  satu slot baru dalam perkhemahan. Idea dari Cikgu Syafini yang baru pertama kali berkhemah di SKKP.

Cikgu Syafini memberi penerangan tentang aktiviti Treasure Hunt pada sesi petang





Cikgu Syafini menunjukkan cara membaca kompas


11.30 pg - 2.30 ptg : Masak untuk makan tengahari + Makan + Solat + Latihan persembahan malam kebudayaan.

2.30 ptg -4.30 ptg: Kursus Pengurusan jenazah. - Sesi yang sangat bermanafaat. Para guru menunjukkan minat tentang cara menguruskan jenazah. Murid-murid juga kelihatan seronok dengan sesi yang dijalankan.

Peserta mendengar penerangan cara memandikan jenazah.

Seorang peserta cuba 'memandikan' jenazah. Senyum je jenazah tu... hehe

Disebabkan jenazah yang mula-mula tu agak besar, tukar jenazah kecik sikit... baru muat kain kapan tu... ;)

Untuk perempuan pun ditunjukkan cara memandikan dan mengkafankan
4.30 ptg -5.00 ptg : Solat Asar + minum petang
5.00 ptg - 6.00 ptg : Praktikal Orianteering (Treasure Hunt)... aktiviti yang dinanti-nantikan..

Kod yang perlu dipecahkan untuk mengetahui lokasi klu disembunyikan

Dah dapat klu, baru cari arah untuk tentukan check point.


Di setiap check point ada task yang perlu disiapkan sebelum ke check point yang seterusnya.

Ada 5 check point disediakan. Setiap check point task yang disediakan merangkumi soalan matematik, english, penyelesaian masalah.





Guru-guru bersama pemenang - Kumpulan 1 dan 2
Bersambung...








Thursday, November 7, 2013

Perkhemah yang ditunggu...

Salam bertemu lagi...

Acara tahunan yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba juga.... Perkhemahan Unit Berunifom...

Hari ini telah diadakan briefing dan pembahagian kumpulan. Maka, perjumpaan ahli kumpulan bersama-sama guru kumpulan turut diadakan.

Dalam perjumpaan ini, murid-murid dan guru berbincang tentang peralatan yang perlu dibawa untuk perkhemahan ini. jadi.. ada yang membawa periuk, belanga, dan alatan memasak. Bahan makanan pula masing-masing berkongsi membawa bersama-sama.

Yang menariknya tentang perkhemahan kali ini adalah aktiviti-aktiviti yang dirancang sepanjang perkhemahan. Aktiviti-aktiviti yang dirancang amat daripada tahun-tahun sebelumnya.... apa aktiviti-aktiviti tersebut??? sabar.... tunggu.... biar ia menjadi rahsia... (baru best kan..heheh)..

Apa-apa pun malam Sabtu adalah hari kemuncak di mana seperti biasa setiap kumpulan akan membuat persembahan kebudayaan. Satu acara yang ditunggu-tunggu.... bukan sahaja bagi murid-murid, tetapi juga  ibu bapa yang turut sama memeriahkan suasana.

Semoga apa yang dirancang berjalan lancar... In syaa Allah....