Guru-guru dan staf sesi 2013

Guru-guru dan staf sesi 2013

Monday, February 17, 2014

Bila Mr James datang sekolah......( Catatan Cikgu Roha...)

Mr James... Mr James... Mr James... itulah nama yang sering disebut murid-murid sejak dari minggu lepas. Siapa Mr James yang sangat popular di SK Kundang Patah sekarang nih????

Mr James adalah Guru " Penutur Jati" daripada Florida, USA yang akan membantu dalam meningkatkan minat murid dan membantu guru bahasa Inggeris sedia ada.

Mr. James telah datang pada hari Selasa minggu lepas. Tetapi disebabkan saya menghadiri mesyuarat di PPD, cerita tentang Mr James cuma saya dengar dari guru-guru sekolah. Pelbagai cerita kelakar yang saya dengar.

Yang paling kelakar adalah kata-kata dari seorang murid pra sekolah yang juga anak kepada cikgu SKKP - Cikgu Laili. Kata Aina kepada ibunya: " Saya tak sangka sebenarnya orang putih itu wujud".... amboi...bahasa buku...hehehe.. ( Iyalah... selama ini dia hanya melihat "orang putih" di kaca tv sahaja..)

Menurut cerita yang saya dengar dari para guru sekolah.... Mr James akan berkhidmat di SK Kundang Patah selama 2 tahun... Dia akan bertugas di SK Kundang Patah pada setiap hari Isnin. Hari yang berikutnya beliau akan bertugas di sekolah lain seperti yang telah ditetapkan oleh PPD.

Hari ini... kehadiran Mr James sangat-sangat dinantikan.. terutamanya anak-anak di tahun 1.... antara perbualan antara mereka:

Aisy:" Mr James datang hari ni kan.."
Naufal: " tak... esok laa.."
Aisy: " Cikgu!!... hari ni hari Isnin kan.."
Cikgu: " Iyalah..hari ni hari Isnin"
Kata Aisy kepada Naufal: " Haa... betul laa.. hari ni la Mr James datang"

Safiyya yang ternampak sebuah kereta hitam berhenti di depan sekolah: " Itu kereta Mr. James kan....???" tanya Safiyya kepada kawan-kawannya... tetapi siapa pun tak dapat menjawab soalan Safiyya... kecuali cikgu mereka yang hanya tersenyum mendengar perbualan mereka...( kerana dah tau..sebenarnya Mr James dah tiba awal tadi..heheh...)

Cikgu Roha: " Asyik Mr James saja... haa ni Cikgu nak kenalkan dengan Mr Add..." .... jadi saya pun memperkenalkan robot tambah kepada mereka.... seronok mereka dengan Mr. Add...

Mr. James di Tahun 3

Murid tahun 3 yang sangat teruja dengan gaya pengajaran Mr. James
Mr Add...









Amat jelas di sini... sesuatu yang berbeza adalah sesuatu yang mengujakan dan sering diberi perhatian... kehadiran "orang putih" di kalangan "orang tak berapa nak putih" merupakan sesuatu yang berbeza... Cikgu " jangok" di kalangan Cikgu yang tak berapa " jangok" sering mendapat perhatian.... kehadiran Cikgu lelaki dikalangan cikgu-cikgu yang majoritinya adalah perempuan turut menjadi tumpuan...

Jadi, sebaiknya... sebagai seorang guru... kita sepatutnya menjadi ikon kepada murid-murid kita... tak kira dari apa jua aspek....(pastinya aspek yang baik...) ;)


Jangok = segak/bergaya ( dialek Kelantan/Terengganu )

Pelancaran Program Mentor-Mentee

10/2/2014 ( Isnin )

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Pada perhimpunan hari ini; Program Mentor-Mentee telah dilancarkan oleh Tuan Guru Besar. En Ahmad Shapi'i Mat Arif. Program ini dibawah kelolaan Ustazah Azlina yang baru bertukar ke SKKP menggantikan Ustazah Hidayah yang telah bertukar ke SK Jeram Bungor, Kuala Lipis.

Pada majlis ini, penyerahan " Mentee" telah diadakan. Bagi murid tahun 6, 3 orang guru yang mengajar tahun 6 terlibat. Bagi kelas lain, mentornya adalah terdiri daripada guru kelas dan seorang guru yang mengajar tahun berkenaan.

Tahun 6: Mentor: En. Shah Rum Shah, En. Yahya dan Puan Rohani
Tahun 5: Mentor: Ustazah Norsiah & Cikgu Norfazlaili
Tahun 4: Mentor: Ustazah Aznira & Ustazah Azlina
Tahun 3: Mentor: Ustazah Hjh Hamidah & Cikgu Syafini
Tahun 2: Mentor: Miss Nanthini & Cikgu Fazillah
Tahun 1: Mentor: Cikgu Rohaniza & Cikgu Nor Liza

Ustazah Azlina memberi penerangan tentang perlaksanaan program Mentor-Mentee.

Mentor Tahun 5 - Ustazah Norsiah dan Cikgu Laili..



Kelas tahun 3 bersama mentor - Ustazah Hamidah dan Cikgu Syafini

Mentor kelas tahun 2 - Cikgu Fazillah dan Miss Nanthini

Mentor Pra Sekolah... Siapa lagi kalau bukan cikgunya.... Cikgu Norli..

Program ini akan diadakan pada setiap hari Rabu selepas waktu persekolahan yang kemudiannya akan diteruskan dengan aktiviti Kelab dan persatuan.

Semoga program ini akan memberi manafaat kepada semua yang terlibat.

Sunday, February 9, 2014

Gotong - royong perdana...( Sabtu-8 Feb 2014)

Alhamdullillah....

Gotong-royong yang dirancang berjalan dengan lancar. Ribuan terima kasih diucapkan kepada ibubapa dan penjaga yang hadir menghulurkan tenaga.Seawal 8.30 pagi... ibu bapa bersama anak-masing-masing tiba dengan wajah ceria. Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada Pengerusi PIBG SK Kundang Patah; En. Mustafar b Musa yang berusaha mendapatkan bantuan tenaga kerja dari pelatih CCRC Raub. Semalam ( Jumaat ) setiap murid telah diserahkan beg poli untuk mereka diisikan tanah untuk dibawa ke sekolah.

Penyerahan beg poli... "jangan lupa bawa tanah esok..."


Pokok sukun yang akan di "selamatkan"



Taman Sains.... selepas ini Taman Sains akan lebih ceria dan merimbun dengan pokok-pokok herba...


"Nak tanam pokok nih.. kita kene buat dengan lemah lembut dan penuh kasih sayang....."

Jom kita hijaukan sekolah kita....

Geng Dapur..... tengah sibuk nih....

Ya... " selamat" dah pokok sukun tu... rehat sekejap....

Pokok sukun dalam kenangan......

Pokok rambutan pula seterusnya......

Rajinnya mereka menolong.... terima kasih....
Terima kasih diucapkan kepada semua yang  terlibat... ibu/bapa/ penjaga, para guru dan murid-murid yang menyumbangkan tenaga, tanah dan pokok-pokok. Semoga SK Kundang Patah akan semakin menghijau dan ceria...