Guru-guru dan staf sesi 2013

Guru-guru dan staf sesi 2013

Monday, May 26, 2014

Jadual guru bertugas sempena cuti pertengahan semester...


Semoga. pertama cuti.... Akan diadakan kelas tambahan bagi tahun 6. Jadi, guru yang bertugas pada minggu pertama pertama adalah guru tahun 6.

Minggu kedua pula akan diadakan kelas ulangkaji bagi tahun 6 di mana guru tahun 6 dikehendaki menyediakan soalan dan diserahkan kepada guru bertugas seterusnya.





Semoga para guru dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan gembira...

Selamat bercuti.....

Saturday, May 24, 2014

Program Sarana Ibu Bapa dan Hari Penetapan Target...

22 Mei 2014 ( Khamis)

Alhamdulillah.... hari yang sebuk berjalan lancar.....

Tentatif program adalah seperti berikut:

9.00 - Program Klik dengan Bijak - Disampaikan oleh pegawai dari Pusat Akses Kuala Krau di dewan SKKP.


 Setelah sesi taklimat... murid-murid ke kantin sekolah untuk pertandingan mewarna sempena Klik dengan Bijak. Hadiah untuk para pemenang turut ditaja oleh Pusat Akses.




Pemenang untuk Pra .. Dina Yasmin Zaid

Hamper untuk guru pun ada..... Terima Kasih.....

Para guru bersama penceramah dari Klik dengan Bijak...

10.30 pagi - Ketibaan para ibu bapa untuk program Sarana Ibu Bapa.

Pendaftaran ibu bapa dan penjaga...

En. Shah Rum ( GPK 1) dan En. Mustafar (Pengerusi PIBG)

Kata-kata aluan oleh En. Shah Rum Shah selaku GPK 1 @ Pemangku Guru Besar

Sesi Penerangan  Program Sarana oleh GPK HEM - Cikgu Nor Liza Mohd Arif


Setelah tamat sesi sarana bersama ibu-bapa... sesi perjumpaan ibu bapa bersama guru pula diadakan. Sesi ini adalah untuk menyerahkan keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang lalu . Sesi ini memberi peluang kepada ibu bapa berinteraksi bersama para guru dalam mencari penyelesaian dalam masalah pembelajaran yang dihadapi oleh anak masing masing.






Dalam sesi ini, para guru dan ibu bapa dapat menyelami masalah yang dihadapi oleh murid-murid samaada di sekolah atau di rumah. Sekurang-kurangnya ibu bapa dapat mengetahui tahap pencapaian anak-anak masing-masing.

Usai program, 4 para guru bergegas pula ke Forum Pendidikan sempena Sambutan Hari Guru di SMK Gali. 2 orang guru BI ke PPD menghadiri taklimat berkaitan Bahasa Inggeris. Malamnya pula... guru-guru yang tidak ke Forum Pendidikan.... menghadiri Majlis Bacaan Yassin di Masjid Raub juga sempena Sambutan Hari Guru.


Satu hari yang sebuk bagi guru-guru SKKP. :)



Sunday, May 18, 2014

Selamat Hari Guru 2014


Guru: " Pencetus kreativiti Penjana Inovasi"
Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Hari ni... 16 Mei 2014.... Guru-guru diseluruh Malaysia di raikan.

Tidak ketinggalan... Skkp juga turut meraikannya dengan meriah.

Acara dimulakan dengan bacaan perutusan oleh GPK 1, En. Shah Rum Shah.


Seterusnya... Acara padang @ sukanika yang menggabungkan guru dengan murid. Murid di bahagikan kepada kumpulan A dan B. Begitu juga guru.

Setelah waktu rehat... Acara dalam dewan pun di mulakan. Persembahan dari murid untuk guru benar-benar menyentuh perasaan.

PerPersembahan murid pra dan tahun 4

Sedang asyik menonton persembahan murid, para guru dikejutkan dengan kehadiran pegawai dari bank Rakyat yang datang membawa kek hadiah sempena sambutan hari guru.





Sesi terakhir adalah sesi memberi hadiah... jadi.. murid-murid memberikan hadiah hari guru kepada guru-guru kesayangan mereka.

Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar pendidik....



Tuesday, May 13, 2014

yey... kelas rupa baru



 Alhamdulillah... akhirnya.. setelah lama tertangguh.
White board yang tersimpan di dalam makmal sains akhirnya selamat di pasang di beberapa kelas terpilih. Kelas yang bertuah adalah kelas tahun 1, tahun 2, tahun 5, tahun 6 dan makmal sains . Kelas tahun 3 dan 4 tidak dipasang kerana kedua-dua digunakan sebagai dewan. Terima kasih kepada pengawal keselamatan yang menolong memasang.





Bersungguh Cikgu Laili...

Kelas tahun 6

     
Kelasku..... Kelas tahun 1.
Sebaik sahaja papan putih di pasang... Cikgu Nor Liza mengedarkan pen marker kepada setiap guru untuk digunakan. Seronok sungguh murid-murid melihat cikgu menulis menggunakan papan putih. Al-maklumlah.... benda baru.

Cikgu pun seronok menulis... sebab boleh menulis/ melukis menggunakan pelbagai warna yang lebih menarik.

Saya sangat suka.... :)

Saturday, May 10, 2014

Kem Bestari Solat

Terima kasih kepada yang menjayakannya.

Ustazah Azlina menunjukkan cara mengambil wuduk dengan betul.

Bersungguh betul Aing mengikutnya....


Sesi LDK - Kumpulan Ustazah Azlina yang terdiri daripada murid tahun 1 dan 2

Murid Tahap 2


Kumpulan Ustazah Norsiah

Cikgu Syafini...

Uji... dah lulus ke belum...