Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sabtu lepas- 26 Jun 2014 ( Sabtu ), beberapa orang guru dan 23 orang murid telah mengikuti rombongan ke Kidzania, Kuala Lumpur.
Rombongan bertolak seawal 6.30 pagi dari sekolah dan berhenti sarapan di Hutan Lipur Lentang ( kiranya memang pergi mana-mana pun kami akan singgah di Hutan Lipur Lentang).
Kami tiba di Kidzania lebih kurang jam 10.30 pagi. Ketibaan kami disambut oleh petugas dari Kidzania.
|
Petugas Kidszania memberi penerangan sebelum kami memasuki Kidzania |
|
Apa-apapun... kita tunaikan check kat bank dulu... |
|
Inilah check yang setiap murid dapat. |
|
Haa... dah dapat duit. Di sini matawang yang digunakan adalah Kidzos |
|
Kerja dengan TNB ... apa lagi... kena repair lampu rosak laa... |
|
CT Scan... apa penyakit nih.. kene scan lah pulak..... |
|
Pekerjaan yang mendapat sambutan paling hangat: Bomba... sebab boleh naik kereta bomba dan padan kebakaran. |
|
Jangan ingat orang perempuan tak boleh kerja di tapak binaan tau.... |
|
Jom buat air vitagen.. sedapnya... lepas buat... boleh minum.... |
|
Artis.... " Cantik kan lukisan saya" |
|
Buat biskut... sedap.... |
Apa yang pasti... murid-murid semuanya enjoy... cuma
cikgu-cikgunya la pulak boring.. sebab tak ada aktiviti yang boleh
dibuat selain memantau murid-murid. Tetapi sebenarnya mereka tak perlu
dipantau ( mungkin yang perlu dipantau adalah murid berumur 6 tahun ke
bawah). Selain jadi pemantau.. tugas cikgu adalah sebagai tukang ambil gambar.
Memang banyak sekali peluang pekerjaan yang ditawarkan di Kidzania ni... dari kerja sebagai tukang isi minyak, pilot, pramugari AirAsia, bertugas di pusat penyiaran Media Prima sebagai presenter, cameraman, hakim, lawyer, polis, jurujual insurans dan banyak lagi.
Selain bekerja, kanak-kanak boleh belajar membuat sesuatu seperti kelas membuat cokelat, kelas membuat kek, kelas memandu, kelas belajar make-up dan sebagainya.
Konsep yang digunakan: Jika anda bekerja, anda akan diberi upah... jika anda belajar membuat sesuatu, anda perlu membayar. Jika cukup wang.. bolehlah shopping di department store yang menerima matawang kidzos ni.. ( sekurang-kurangnya mesti ada 70 kidzos baru boleh beli barang... kalau kurang... boleh simpan dalam CIMB bank- jika ingin datang kembali atau bawa pulang saja wang tersebut..)
Walaupun berasa bosan, tapi sebenarnya para guru pun turut tumpang berseronok. ( Sebenarnya guru-guru pun teringin juga nak bermain... tapi apakan daya... masing-masing dah terlebih umur..heheh)
Kidzania memang berbaloi dan tempat mesti dikunjungi oleh setiap kanak kanak. Ia bagaikan satu dunia dewasa bagi kanak-kanak.
Rupanya.. di Kidzania ada dua sesi. sesi pagi dan sesi petang. Kami berada di Kidzania dari pukul 10.30 pagi hingga 3.00 petang. Tepat pukul 3.00 petang, segala aktiviti di dunia Kidzania dihentikan. Jadi, kami semua beratur untuk keluar dari Kidszania.
Disebabkan masa masih awal lagi untuk bertolak pulang, jadi kami singgah sebentar di Muzium Cokelat Fidani yang terletak di Kota Damansara. Apa lagi... borong cokelatlah... tapi sebenarnnya harga di sini sama saja seperti di supermarket... mahal...
|
Akhirnya sampai juga... walaupun sesat pada mulanya... |
|
Pengantin nih diperbuat daripada cokelat tau... kagum betul.. |
|
Sebuk membeli cokelat.. rasa macam dekat Langkawi pula.... hehe |
Kami selamat sampai ke Kundang Patah lebih kurang pukul 10.30 malam setelah berhenti rehat untuk solat dan makan malam di Hentian Genting Sempah.