Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Alhamdulillah.... Untuk tahun 2014... PIBG SK Kundang Patah telah berjaya menganjurkan Jamuan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah.
Sambutan yang diterima amat menggalakkan. Jamuan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini dibuat secara besar-besaran. Para jemputan adalah terdiri daripada ADUN Batu Talam; Dato' Aziz Kiram, pemimpin-pemimpin tempatan, dan penduduk setempat.
Persediaan untuk jamuan sebenarnya dibuat sehari sebelumnya... Iaitu pada hari Khamis(14/08/2014). Para ibu datang ke sekolah memasak rendang sementara para bapa membantu membina khemah dan membakar lemang. Semangat bergotong-royong dan berkerjasama jelas terlihat antara para ibubapa dan guru dalam menjayakan acara tahunan ini.
Khamis - 14 Ogos 2014
Para ibu menyediakan bahan untuk memasak rendang |
Menyediakan pulut untuk melemang |
Tugas para bapa: melemang... |
Pada hari kejadian: Jumaat 15 Ogos 2014
Ucapan alu-aluan dari Guru Besar SKKP.. |
Tetamu Kehormat: Dato' Aziz bin Hj Kiram ( ADUN Batu Talam) |
SAmbutan menggalakkan dari para penjaga.. |
Turut memeriahkan suasana; Penghulu Mukim Semantan En Malian dan Mantan GB; En Ahmad Shafii |
Anak-anak SKKP |
Duit raya dari Dato' Aziz.. |
Penggerak SKKP |
Warga SKKP dan keluarga... |
Kehadiran para VVIP yang terdiri daripada ADUN Batu Talam, Penghulu Mukim Semantan, Pengarah CCRC, wakil dari Balai Polis Cheroh dan Semantan, Wakil dari PPD sangat-sangat dihargai.
Semoga hubungan silaturrahim diantara pihak sekolah, ibubapa/ penjaga dan agensi-agensi kerajaan di sekitar akan bertambah erat dan saling bersimbiosis untuk kesejahteraan bersama.