Guru-guru dan staf sesi 2013

Guru-guru dan staf sesi 2013

Monday, January 28, 2013

Sambutan Maulidur Rasul - Bahagian 1

Salam Maulidur Rasul kepada semua...

Pada 23 Jan 2013 yang lalu, umat islam di seluruh dunia menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Selawat kita keatas Nabi Muhammad S.A.W.

Jadi, dalam menyambut Maulidur Rasul, Sekolah Kebangsaan Kundang Patah turut tidak ketinggalan menjalankan pelbagai aktiviti sempena menyambut Maulidur Rasul.

Jumaat - 25 Jan 2013

Aktiviti sempena Maulidur Rasul bermula selepas waktu rehat. Aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti mewarna bagi murid tahap 1 dan mencipta pantun sempena Maulidur Rasul bagi murid tahap 2. Aktiviti mencipta pantun adalah aktiviti yang baru diperkenalkan bagi tahun ini.





 Aktiviti sempena sambutan Maulidur Rasul bermula Jumaat 25 Jan 2013 dan penutupnya pada Jumaat seterusnya - 1 Februari 2012.

Semoga murid-murid dan para guru dapat menghayati sunnah dan sirah junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian kita.

"Wasatiyyah Tonggak Perpaduan Ummah"




Thursday, January 24, 2013

Majlis Penyerahan Wang Bantuan Persekolahan 2013

Salam 1 Malaysia...


23/1/2012 adalah hari yang mengembirakan bagi murid-murid dan para ibubapa SK Kundang Patah kerana hari ini merupakan hari penyampaian Wang Bantuan Persekolahan yang telah diperuntukkan dalam belanjawan 2013 bagi semua murid-murid sekolah di Malaysia.

Dato' Aziz b Kiram, ADUN Batu Talam telah sudi meyampaikan wang tersebut kepada para penjaga.

YB menyampaikan ucapan perasmian. Banyak pesanan dan janji yang disampaikan.

Antara penjaga yang menerima Wang Bantuan Awal Persekolahan.


Kaunter Bank Rakyat turut dibuka untuk memudahkan para penjaga menyimpan wang yang diperolehi.

YB turut menyampaikan sumbangan Beg Sekolah kepada murid tahun 1



Antara isi penyampaian ucapan Yang Berhormat Dato'Aziz Kiram, beliau meminta para ibu bapa supaya sentiasa berhubung dengan guru-guru di sekolah untuk mengetahui tentang pencapaian anak masing-masing di sekolah.

Di samping itu, YB juga berbangga dengan pencapaian UPSR SKKP yang melonjak sekali ganda daripada peratus kelulusan yang hanya 32% pada tahun 2011 kepada 62.5% pada tahun 2012. Menurut YB lagi, pencapaian UPSR 2012 adalah antara yang terbaik kerana Negeri Pahang berada di tempat ke-3 selepas Putrajaya. Adalah diharapkan semoga Negeri Pahang terus mencapai kecemerlangan dalam akademik.

Bagi pihak sekolah, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Abd Aziz b Kiram kerana sudi hadir buat sekian kalinya ke SKKP. Terima Kasih juga diucapkan atas sumbangan-sumbangan yang telah diberikan kepada pihak sekolah selama ini. Terima Kasih kerana JANJI DI TEPATI.






Friday, January 18, 2013

Kursus Kepimpinan Pelajar....

Pembuka tirai 2013...

18 Jan 2013 (Jumaat)

Program pertama yang dilaksanakan untuk tahun 2013 adalah Kem Kepimpinan Pelajar yang melibatkan semua Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah. Keseluruhan murid yang terlibat adalah sermai 35 orang.

Untuk kursus kepimpinan kali ini, SKKP sangat bertuah kerana Tuan Haji Ab Nasir Gahar dari PPD Raub telah sudi untuk merasmikan majlis ini. Dalam majlis, Tuan Haji Nasir telah sudi menyampaikan watikah perlantikan pengawas-pengawas baru 2013.

Sementara itu, penceramah jemputan Cik Rozitah Salikin selaku Guru Bimbingan dan Kaunseling dari SK LKTP Tersang 3 berjaya menarik minat pelajar dalam sesi yang dikelola olehnya.

"Berkumpul ikut tahun masing-masing ya.."



Ha..macamana nak lepaskan diri dari tali yang berselirat nih....

Kumpulan yang berjaya menghasilkan binaan tertinggi daripada straw

Semoga segala ilmu yang diperoleh daripada kursus ini akan dimanafaat oleh murid-murid dalam menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik-baiknya.

Ucapan terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada Cik Rozitah yang sudi berkongsi ilmu dengan murid-murid SKKP buat kali ke-2.





Salam tahun baru..2013

Salam 2013....

Nampaknya blog ini agak lama ditinggalkan....

Namun, dengan kedatangan tahun baru.... moga-moga blog ini akan dikemaskini setiap masa.. ( Azam tahun baru... :))

Dengan menjelangnya 2013... beberapa perubahan besar telah berlaku di SK Kundang Patah... Antaranya adalah pertukaran Cikgu Razif Ahmad (Guru Pemulihan) yang telah berkhidmat selamat 6 tahun ke SK LKTP Bukit Goh, Kuantan, Pahang. Pertukaran ini adalah atas permohonan Cikgu Razif sendiri untuk pulang berkhidmat di kampung halaman sendiri.

Cikgu Razif Ahmad


Semoga Cikgu Razif meneruskan kecemerlangannya di SK Kundang Patah di sekolah barunya.

Tempat Cikgu Razif di SK Kundang Patah tidak dibiarkan kosong. Dengan pertukaran Cikgu Razif ke Kuantan, SK Kundang Patah menerima seorang guru pemulihan baru dari SK Lentang, Bentung Pahang; Cikgu Syafini Rosli.

Kami, warga SKKP mengalu-alukan kedatangan Cikgu Syafini menjadi ahli keluarga baru kami. Semoga kedatangan Cikgu Syafini akan memeriahkan lagi SKKP.