Guru-guru dan staf sesi 2013

Guru-guru dan staf sesi 2013

Saturday, January 25, 2014

Kem Kepimpinan Pelajar...

Tarikh: Jumaat ( 17 Jan 2014)
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Tempat: Dewan SKKP
Penceramah: Puan Nor Hafizah ( Guru Bimbingan dan Kaunseling SK Mohamad Jabar)

Salam bertemu di tahun baru...

Sebagai pembuka tirai 2014, aktiviti pertama yang dijalankan adalah Kursus Kepimpinan Pelajar. Kursus ini khas untuk bakal-bakal pemimpin yang terdiri daripada Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas, Pengawas Pusat Sumber dan Pengawas sekolah. Adalah diharapkan semoga input yang diberikan dalam sepanjang kursus akan dapat dimanafaatkan oleh semua murid yang terlibat.






Jom jaga gigi... jangan lupa gosok gigi setiap hari...

Salam bertemu kembali...

Selama lebih kurang 2 minggu, pegawai pergigian dari Klinik Dong, Raub berkampung di SK Kundang Patah. Jadi, gigi setiap murid SKKP di periksa dan diberi rawatan.... berdebar-debar murid-murid ini bila nama masing-masing dipanggil ke Makmal Sains yang bertukar menjadi Klinik Pergigian. Di hari terakhir, murid-murid diajar bagaimana menggosok gigi dengan betul.

Bersungguh-sungguh Zawawi menggosok gigi...

Hah!.. yang tak bawa berus gigi... berdiri di belakang....

Sukanya dapat gosok gigi...

"Begini caranya menggosok gigi...."

Haiqal Haziq dan Nazran Hanif.... murid tahun 1

Sekitar Hari Pertama Persekolahan... 2014

Assalammualaikum dan salam sejahtera....

Pelbagai ragam.. pelbagai gelagat dapat dilihat di hari pertama persekolahan... terutamanya bagi murid tahun 1 dan murid pra sekolah..

GPK 1 : En Shah Rum memberi sedikit ucapan...

Cuaca yang agak mendung... tapi nasib baik tidak hujan....

Murid tahun 1

Murid Pra yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah

Murid tahun 1... beratur untuk membeli makanan di kantin..