Guru-guru dan staf sesi 2013

Guru-guru dan staf sesi 2013

Thursday, June 26, 2014

Ucapan pertama GB di perhimpunan mingguan..

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Masih bercerita tentang Guru Besar baru. 

Pada perhimpunan mingguan minggu ini, ini lah secara rasminya Tuan Guru Besar memperkenalkan dirinya kepada murid-murid SK Kundang Patah. Sudah pastinya anak-anak SK Kundang Patah berdebar-debar berhadapan dengan GB baru. Pastinya terdetik di hati mereka.... Adakah GB baru ini segarang yang digembar-gemburkan oleh para guru?.... Hehe...



Tuan Guru Besar turut menyampaikan cenderahati  berbentuk gambar kepada mereka yang telah mengikut rombongan ke Kidzania, KL pada hari Sabtu sebelumnya.






Wednesday, June 18, 2014

Aktiviti ko-kurikulum minggu ini...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pada minggu ini aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan adalah aktiviti persatuan dan unit berunifom. Di SKKP... Unit berunifom yang ada adalah Pengakap untuk murid lelaki dan Puteri Islam untuk murid perempuan.

Pada minggu ini, aktiviti pengakap adalah bergotong-royong membersihkan dan mengemas stor sukan. Alhamdulillah... Stor yang dulunya sempit, gelap dan menyeramkan telah bertukar menjadi lebih luas, kemas dan ceria.

Aktiviti Unit berunifom Puteri Islam pula adalah membuat kraftangan dari barang terbuang. Hari ini murid diajar membuat buku mini oleh Ustazah Hamidah. Ustazah Hamidah sememangnya seorang guru yang kreatif. Ada sahaja ideanya yang kreatif dan menarik untuk diaplikasikan.

Murid tekun menghias buku mini yang dihasilkan.


Hasilnya.... buku mini yang comel...

Pada bahagian atas buku ditebuk lubang untuk diletakkan ring... lebih sesuai disebut mini book keychain.
Buku-buku mini yang dihasilkan adalah daripada lebihan-lebihan kertas yang tidak lagi di gunakan.
Nilai 3R- Recycle,Re-use dan Reduce digunakan. Semoga alam menjadi lebih hijau... ;)

Mesyuarat pertama bersama Guru Besar baru.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Masih cerita tentang Guru Besar baru.

Hari ini telah diadakan mesyuarat secara rasmi bersama Nakhoda baru SKKP, En. Amirudin bin Ahmad.

Secara umumnya.. Mesyuarat ini adalah merupakan sesi suaikenal antara guru-guru SKKP dengan bos baru.

Rupa-rupanya.... 2 orang guru SKKP iaitu Cik Nanthini dan Puan Norliza Majid merupakan anak murid En. Amirudin. :)

Puan Norliza yang ceria berjumpa semula dengan bekas gurunya yang kini menjadi bosnya... ;)


Nakhoda baru: En. Amiruddin b Ahmad

Di permulaan mesyuarat... En. Shah Rum Shah selaku GPK 1 dan pemangku GB memperkenalkan setiap guru kepada dan memberi pelaporan berkaitan pencapaian dan pentadbiran sekolah kepada En. Amiruddin.

Selaku peneraju baru SKKP, En  Amiruddin turut memberi amanat-amanatnya kepada para guru SKKP. Beliau juga berjanji akan menyelesaikan dengan segera masalah-masalah yang telah timbul semasa ketiadaan GB sebelum ini.

Adalah diharapkan semoga keluarga SKKP akan terus melahirkan insan-insan yang cemerlang dunia dan akhirat.


Tuesday, June 17, 2014

Berakhirnya satu penantian....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Mesti ramai yang tertanya-tanya... Mengapa lain sangat tajuk post kali ni...

Untuk makluman.... Sekolah Kebangsaan Kundang Patah tidak bernakhoda sejak bulan Mac lagi... Ini disebabkan mantan Gb.. En Ahmad Shafii b Mat Arif telah secara rasminya berpencen berkuatkuasa pada 1 Mac 2014. Sejak itu... Para guru berteka-teki siapa yang akan menerajui Skkp seterusnya....

Semasa dalam cuti pertengahan semesta, persoalan inilah yang bermain-main di fikiran guru. Berdebar-debar menunggu hari pertama, mungkinkah akan muncul seorang guru baru di SKKP?...

Persoalan akhirnya terjawab pada jam 1.30 tengahari hari Isnin apabila posmen tiba membawa surat rasmi ke sekolah yang dialamatkan kepada Guru Besar Skkp...

Secara rasminya... En Amiruddin b Ahmad, yang sebelum ini menjadi Guru Besar di SK Chenua akan meneruskan khidmat sebagai nakhoda baru Skkp....

Selamat datang diucapkan kepada En Amiruddin b Ahmad. Kami, guru-guru SK Kundang Patah mengalu-alukan kedatangan tuan.

Semoga dengan pimpinan tuan, SKKP akan terus Gemilang Menuju 2015.

Sekitar Majlis Perpisahan Mantan Guru Besar SKKP: En Ahmad Shafii b Mat Arif