Guru-guru dan staf sesi 2013

Guru-guru dan staf sesi 2013

Friday, July 26, 2013

PROGRAM IHYA' RAMADHAN PART 2

Assalamua'alaikum & salm sejahtera semua....
Kat sini sy nk update gambar2 aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung...Minggu depan bermula 29/7-1/8/13 akan bermula la pertandingan akhir bagi semua acara.

 Aktiviti pagi: Tazkirah & hafazan Sifatullah & 25 Rasul


 Tazkirah Ramadhan








Aktiviti waktu rehat bersama fasilitator

Monday, July 15, 2013

PROGRAM IHYA' RAMADHAN 2013

Assalamu'alaikum....
Ramadhan datang lagi...
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana pada tahun ini dapat lagi kita berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Semoga puasa dan amalan kita pada tahun ini akan lebih bermakna lagi.

Setiap tahun, apabila menjelangnya bulan Ramadhan, panitia Pendidikan Islam SKKP akan melaksanakan program Ihya' Ramadhan. Antara aktiviti-aktiviti yang pernah dilaksanakan dalam program ini adalah:
1) Tadarus surah Yasin
2) Hafazan Asmaulhusna
3) Hafazan surah-surah pilihan
4) Tazkirah Ramadhan
5) Info Ramadhan
6) Kuiz Ramadhan

Pada tahun ini, aktiviti yang kami rancangkan lebih kurang sama dengan tahun-tahun yang lalu tetapi berbeza dari segi bahan-bahannya. Antara aktiviti-aktivitinya ialah:
1) Tadarus surah al-Mulk (murid2 literasi AQ tahap 2)
2) Hafazan surah al-Mulk (murid2 teras tahap 2)
3) Hafazan doa-doa pilihan (murid2 tahap 1)
4) Tazkirah Ramadhan (semua guru)
5) Info Ramadhan (semua murid)
6) Kuiz Ramadhan(semua murid)

Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dibimbing oleh seorang @ dua orang fasilitator setiap kumpulan.

Program ini mula dilaksanakan pada 15 Julai 2013.