Guru-guru dan staf sesi 2013

Guru-guru dan staf sesi 2013

Monday, September 8, 2014

Solat Hajat Perdana 2014

Alhamdulillah.. sempena peperiksaan UPSR yang akan dihadapi oleh murid tahun 6... Program Solat Hajat Perdana telah diadakan pada hari Jumaat lepas.

Sedikit kelainan... Solat Hajat pada tahun ini diadakan selepas Solat Jumaat... Kebiasaannya.... Solat hajat diadakan pada hari Khamis, selepas solat Magrib.

Walau bagaimanapun.... disebabkan solat hajat selepas solat Jumaat hanya melibatkan murid lelaki, jadi paginya (9.00 pagi) diadakan solat hajat yang melibatkan semua murid tahap dua. Beberapa orang kaum ibu dan guru turut serta dalam solat hajat ini. Jadi, pada hari tersebut diadakan dua kali sesi Solat Hajat iaitu pagi ( supaya murid perempuan boleh turut serta) dan selepas solat Jumaat.


Sesi tazkirah oleh Ustaz Tarmizi yang turut mengimamkan solat hajat

Ucapan oleh Tuan Guru Besar

Cenderahati disampaikan oleh Pengerusi PIBG, En. Mustafar Musa

Persiapan pukut kuning untuk diagihkan selepas solat Jumaat


Pulut kuning yang sudah dibungkus untuk para jemaah yang turut serta solat hajat selepas solat Jumaat,
Semoga, dengan formula DUIT (Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakkal) oleh semua pihak: murid yang berusaha dan ikhtiar dengan belajar bersungguh-sungguh, doa oleh para penjaga dan para guru dan seterusnya sama-sama bertawakkal... akan melahirkan insan yang akan cemerlang dunia dan akhirat.... InsyaAllah...