Guru-guru dan staf sesi 2013

Guru-guru dan staf sesi 2013

Friday, April 4, 2014

Bencana di SKKP...

Kejadian ribut malam tadi.. yang melanda Kg Kundang Patah dan kampung-kampung sekitarnya lebih kurang dalam pukul 8 malam telah menyebabkan banyak kerosakan pada sekolah . Menurut pengawal keselamatan yang bertugas... atap zink dari banggunan sekolah telah melayang sehingga ke luar kawasan sekolah. Pokok-pokok di sekitarnya banyak yang patah dan ada yang menghalang jalan. Mujurlah pagi ini, pokok-pokok yang menghadang jalan telah dipotong dan dibersihkan.

Hari ini, bekalan eletrik sekolah terpaksa ditutup untuk mengelakkan dari sebarang keadian yang tidak diingini.

Kelas Tahun 1..


Bumbung yang terkopak ditiup taufan...




Zink-zink yang bergelimpangan...



Kelas Tahun 6
Kelas Tahun 6 yang berada di bangunan pentadbiran yang teruk dipukul ribut, telah dipindahkan ke Bilik -Qaf  atas faktor-faktor keselamatan.

Setakat ini, inilah kejadian ribut yang paling teruk melanda SK Kundang Patah. Mujurlah semasa kejadian.. tiada murid atau kakitangan yang ada di sekolah ( kecuali pengawal keselamatan yang bertugas).