Guru-guru dan staf sesi 2013

Guru-guru dan staf sesi 2013

Sunday, November 16, 2014

Hari Sukan SKKP 2014

Alhamdulillah.... Sukan tahunan SKKP untuk tahun 2014 telah berlangsung dengan jayanya pada hari Khamis lepas (13 Nov 2014). Tahniah diucapkan kepada pasukan rumah Merah @ Saga kerana berjaya merangkul gelaran Johan Keseluruhan. Rumah Saga juga menjadi Johan Perbarisan dan merangkul Anugerah Olahragawan - Mohd Danial Zainal Abidin dan Olahragawati terbaik- Natasya Nornisdawati. Tahniah diucapkan.

Rumah Saga - Tema... Naga Berapi.. ( nampak tak ada sekor anak naga tu..hihi)

Rumah Wira - Tema: Lautan Biru. Maskot - Jerung yang dikelilingi Obor-Obor

Rumah Waja: Tema - Ninja Turtle....heheh


Ribuan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang hadir memeriahkan Sukan Tahunan SKKP 2014. Para ibu bapa yang membantu sebelum, semasa dan selepas acara sangat-sangat dihargai.

Dari kiri: En. Mustafar ( Pengerusi PIBG), En. Malian ( Penghulu Mukim Semantan), En Amiruddin (GB), En. Shah Rum Shah (GPK 1)

Bacaan ikrar oleh wakil murid: Mohd Danial Zainal Abidin

Perbarisan Rumah Waja

Perbarisan -Rumah Wira

Tok Penghulu mengalungkan pingat kemenangan kepada murid.

Bekas GPK HEM, Pn Rusnah menerima hadiah cabutan bertuah dari Pengarah CCRC Raub, En Jalani

Cenderahari dari SKKP kepada Tuan Pengarah CCRC

Jamuan...

Selepas Jamuan... kita bersukanika lah pulak...
 Ribuan terima kasih diucapkan Penghulu Mukim Semantan, En Malian kerana sudi merasmikan Sukan Tahunan SKKP 2014. Tidak lupa juga ribuan terima kasih diucapkan kepada Wakil Polis dari Balai Polis Semantan, Wakil dari CCRC dan para ibu bapa yang membantu sejak dari mula.

Semoga sukan tahunan kali ini akan menjadi satu platform kepada para guru untuk mengenalpasti bakat murid SKKP yang boleh digilap sebagai atlet yang bakal mewakili sekolah, zon, daerah dan seterusnya mewakili negeri pada suatu hari nanti.

Telah terbukti pada kali ini... murid yang lemah dalam pembelajaran boleh cemerlang dalam bidang sukan. Insyaallah jika permata-permata ini digilap.. tidak mustahil ia akan bergemerlapan pada suatu hari nanti.

Tahniah diucapkan kepada semua.



Sambutan Hari Merdeka ke-57 Peringkat Sekolah




Lagu Tema Hari Kemerdekaan Kali Ke-57:

Disini Lahirnya Sebuah Cinta

Cinta
Cinta kepada nusa
Kini dan selamanya
Tak berbelah bagi
Cinta bergema
Sejarah kebangkitan
Semangat bagai pahlawan
Alangkah oh bertuahnya
Kita
Punya rasa yang dalam
Pada pertiwi ini
Kita terus berganding ke mercu
Chorus
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita
Segala cabaran
Kita terus tempuhi
Jangan ada yang leka
Tetap berjuang
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita
Ayuhlah berbakti
Hingga akhirnya

Sumber: Video Lirik Lagu Tema Hari Kemerdekaan Ke 57 Tahun 2014 | melvister.com

Salam Satu Malaysia dan Salam Kemerdekaan...

Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah yang telah diadakan pada tahun ini disambut secara besar-besaran.

Pra Sekolah yang mejadi Johan Pertandingan Menghias Kelas

Kelas Tahun 1...

Kelas Tahun 2

Kelas Tahun 3 - Menjadi Naib Johan Hiasan Kelas Terbaik

Kelas-kelas yang dihias mengikut tema Hari Kemerdekaan. Johan hiasan kelas terbaik dimenangi oleh Pra Sekolah SKKP.

Bacaan ikhrar oleh Ketua Murid


Murid Pra dengan Pakaian Beragamnya..

Pemenang Pertandingan Koir Lagu Patriotik

Pemenang " Best Dress"...
Alhamdulillah... semoga jiwa kemerdekaan dan semangat patriotik tertanam kemas dalam jiwa anak-anak SKKP. Semoga mereka menjadi seorang yang cintakan agama, bangsa dan negara sekaligus mengharumkan nama negara ke puncak dunia.

Perang antara rumah sudah bermula!!!...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pejam-celik.... pejam-celik.... sedar tak sedar kita semua sudah berada di penghujung tahun 2014....

Kesibukan semakin terasa dengan pelbagai acara tahunan yang menanti. Antara acara tahunan yang sememangnya dinanti-nanti oleh murid-murid SKKP adalah sukan tahunan.

Latihan rumah telah bermula minggu lalu... kini.. debaran semakin terasa.. manakan tidakknya hanya tinggal beberapa hari lagi tinggal untuk bertarung iaitu pada 13 Nov 2014.

Esok... Acara merentas desa, lompat jauh dan lontar peluru akan diadakan. Hari ini... acara agak santai dimana murid-murid dibawa oleh para guru untuk meninjau trek yang akan mereka lalui esok.

Satu kelainan bagi tahun ini... apabila trek merentas desa telah diubah... Trek kali ini lebih santai dimana murid hanya melalui jalan raya dan jalan kampung - sekitar Kampung Semantan... berbeza dengan tahun-tahun sebelum .. trek yang lebih mencabar dengan bentuk muka bumi yang lebih pelbagai.