Guru-guru dan staf sesi 2013

Guru-guru dan staf sesi 2013

Friday, August 22, 2014

Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2014


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah.... Untuk tahun 2014... PIBG SK Kundang Patah telah berjaya menganjurkan Jamuan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah.

Sambutan yang diterima amat menggalakkan. Jamuan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini dibuat secara besar-besaran. Para jemputan adalah terdiri daripada ADUN Batu Talam; Dato' Aziz Kiram, pemimpin-pemimpin tempatan, dan penduduk setempat.

Persediaan untuk jamuan sebenarnya dibuat sehari sebelumnya... Iaitu pada hari Khamis(14/08/2014). Para ibu datang ke sekolah memasak rendang sementara para bapa membantu membina khemah dan membakar lemang. Semangat bergotong-royong dan berkerjasama jelas terlihat antara para ibubapa dan guru dalam menjayakan acara tahunan ini.

Khamis - 14 Ogos 2014

Para ibu menyediakan bahan untuk memasak rendang

Menyediakan pulut untuk melemang


Tugas para bapa: melemang...

Pada hari kejadian: Jumaat 15 Ogos 2014

Ucapan alu-aluan dari Guru Besar SKKP..

Tetamu Kehormat: Dato' Aziz bin Hj Kiram ( ADUN Batu Talam)

SAmbutan menggalakkan dari para penjaga..

Turut memeriahkan suasana; Penghulu Mukim Semantan En Malian dan Mantan GB; En Ahmad Shafii

Anak-anak SKKP

Duit raya dari Dato' Aziz..

Penggerak SKKP

Warga SKKP dan keluarga...

 Kehadiran para VVIP yang terdiri daripada ADUN Batu Talam, Penghulu Mukim Semantan, Pengarah CCRC, wakil dari Balai Polis Cheroh dan Semantan, Wakil dari PPD sangat-sangat dihargai.

Semoga hubungan silaturrahim diantara pihak sekolah, ibubapa/ penjaga dan agensi-agensi kerajaan di sekitar akan bertambah erat dan saling bersimbiosis untuk kesejahteraan bersama.

Sunday, August 10, 2014

Kem Motivasi UPSR 2014

Sabtu : 9 Ogos 2014

Alhamdulillah... Program Motivasi UPSR telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Program tersebut adalah salah satu program dibawah " Projek Kembali Ke Sekolah".

Projek Kembali Ke Sekolah adalah satu projek untuk menghimpunkan semula bekas-bekas pelajar atau alumni SKKP untuk membantu sekolah dari segi kewangan, tenaga, buah fikiran atau apa sahaja yang dapat disumbangkan untuk meningkatkan pencapaian dan pembangunan SKKP.

Kem Motivasi UPSR dianjurkan dengan kerjasama bekas murid @ alumni SKKP iaitu En. Sharudin b Jali. Objektif utamanya adalah untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada murid-murid.

Kem ini bukan sahaja dihadiri oleh murid tahun 6, tetapi murid tahun 5 beserta ibu bapa mereka. Berikut adalah biodata penceramah jemputan:

Bioadata Penceramah:

En. Sharuddin b Jali


Nama: Sharuddin b Jali
Jawatan: Ketua Pengarah, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Pahang
Asal: Kampung Kundang Patah
Bersekolah di SKKP: 1981-1986

Murid-murid bergambar bersama YDP PIBG- En. Mustafar, En Sharuddin, dan Cikgu Yahya


Para guru yang turut membantu dan memeriahkan program


Semoga semua murid dan ibu bapa yang hadir mendapat manafaat dari apa yang telah dikongsikan oleh Tuan Penceramah. Insya Allah..

Jamuan Hari Raya Pra Sekolah SKKP 2014 - 8 Ogos 2014

Alhamdulillah... Pra Sekolah SKKP telah berjaya menganjurkan jamuan hari raya 2014. Pelbagai aktiviti menarik diadakan bertemakan Hari Raya Aidilfitri untuk murid-murid pra sekolah dan juga para guru.

Pertandingan mengayam ketupat.... ni johan : Cikgu Yahya

Pemenang cabutan bertuah... Cikgu Rohani

Hadiah buat murid paling vogue... Aina Zahra Zamri

Dan juga hadiah untuk guru paling vogue... Cikgu Syafini







Semoga aktiviti yang dijalankan dapat mengeratkan hubungan antara para guru dan sesama murid. InsyaAllah...