Guru-guru dan staf sesi 2013

Guru-guru dan staf sesi 2013

Wednesday, March 13, 2013

Pertandingan Bola Jaring Peringkat Zon Batu Talam...

12 Mac 2013 (Selasa)

Untuk julung-julung kalinya, SK Kundang Patah telah dipilih sebagai tuan rumah bagi kejohanan bola jaring peringkat zon Batu Talam.

Pada pertandingan tersebut, sebanyak 5 pasukan telah bertanding iaitu:

Kumpulan A:

1) SK Kundang Patah
2) SK Tersang 1 (A)
3) SK Satak

Kumpulan B

1) SK Batu Talam
2) SK Tersang 1 (B)

SK Satak sekali lagi menunjukkan kecemerlangannya dalam kejohanan yang diadakan sekaligus menjadi wakil peringkat zon untuk dipertandingkan pada peringkat daerah. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya. Kepada yang tidak berjaya, tingkatkan usaha. Semoga tahun hadapan kejayaan menjadi milik anda pula.

Tahniah juga kepada semua yang menjayakan kejohanan termasuk guru-guru pengiring dan para petugas.



Sesi memanaskan badan - SK Tersang 1

Sokongan dari murid-murid SKKP

Taklimat kepada guru pengiring @ pengurus pasukan

Perlawanan antara SK Kundang Patah(bips kuning) dengan SK
Tersang 1 (bips jingga)

SK Kundang Patah menentang SK Satak (bips merah jambu)




Monday, March 11, 2013

Sambutan Majlis Persaraan Cikgu Rusnah

08 Mac 2013 ( Jumaat)

Hari ini merupakan hari terakhir Cikgu Rusnah bergelar guru. Setelah berkhidmat lebih kurang 33 tahun, secara rasminya tamatlah tempoh perkhidmatan Cikgu Rusnah dalam bidang pendidikan.

Selama tempoh perkhidmatannya, Cikgu Rusnah telah mengajar tahap satu. Jadi, beliau boleh dikatakan seorang pakar dalam pendidikan kanak-kanak.

Sebenarnya, tidak mudah mengajar murid tahap satu. Guru yang mengajar tahap satu harus mempunyai ciri-ciri tertentu dalam satu pakej:

Pakej Guru Tahap 1

1) Mestilah seorang yang sangat penyabar.
2) Mesti seorang yang sangat teliti (detail).
3) Seorang yang sangat kreatif.

1) Seorang yang sangat penyabar.

Seperti yang semua maklum, murid tahun 1 adalah kategori murid paling kritikal dalam sesebuah sekolah. Ia dikatakan kritikal kerana mereka ini berada dalam fasa peralihan dari seorang anak kecil kepada murid yang diberi tanggungjawab. Pada tahun inilah... mereka diajar untuk mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan, belajar berkomunikasi dengan rakan-rakan sebaya dan guru-guru, dan yang paling penting... belajar mendengar arahan dari seorang yang bergelar GURU.  Hanya seorang guru yang penyabar sahaja yang mampu menangani mereka ini.

2) Mestilah seorang yang sangat teliti.

Guru tahun 1 @ tahap 1... adalah individu yang sangat teliti. Ini adalah kerana pada tahap inilah bagaimana sikap individu/ murid tersebut dibentuk.Contohnya... dari segi penulisan Pada tahap inilah seorang guru mesti "memaksa" muridnya untuk memegang pensil dengan betul.... menulis nombor dan abjad dengan betul...memastikan kebersihan pakaian... kelas dan sebagainya.

Ini adalah asas yang perlu di "paksa" dilakukan oleh murid-murid kerana apabila mereka telah naik ke tahap yang lebih tinggi, perbuatan yang salah..( contohnya menulis nombor 5 dengan salah). akhirnya menjadi kebiasaan dan tabiat yang akhirnya sangat payah untuk dibuang.

 3) Seorang yang sangat kreatif.

Berdasarkan pemerhatian saya, saya dapati guru-guru tahap satu adalah individu yang sangat rajin dan kreatif. Dengan sifat kreatif, mereka dapat menarik minat murid-murid untuk terus duduk mendengar arahan dalam masa tidak kurang dari 30 minit!

Sebagai seorang guru pakar tahap satu... Cikgu Rusnah mempunyai kesemua cir-ciri ini ditambah dengan ciri-ciri unik yang lain... seorang yang nampak garang tapi sebenarnya seorang yang sangat mengambil berat hal murid-muridnya. Cikgu Rusnah juga merupakan seorang pendamai dan penyelesai masalah yang hebat..... ( sering terjadi, murid-murid tahun 1 akan bergaduh sesama mereka dan mengadu kepada guru- Cikgu Rusnah mampu menjadi pendamai antara mereka)

Diharapkan semoga Cikgu Rusnah menjalani masa persaraan dengan penuh gembira di samping keluarga tersayang. Segala ilmu dan tunjuk ajar Cikgu Rusnah kepada murid-murid dan guru-guru muda amat dihargai.

Terima Kasih... Cikgu Rusnah


Kek khas buat Cikgu Rusnah - Sumbangan Cikgu Laili

YB....Yang Bepindah dan Yang Bersara....

Ucapan dari Cikgu Rusnah...buat kali terakhir...

Hadiah dari murid-murid yang mengasihi....


Hadiah dari Guru Besar...

Hadiah dari teman-teman seperjuangan...


Tak lupa juga... hadiah dari Cikgu Shah Rum Shah ( GPK 1)

Hadiah dari Yang Berpindah - Cikgu Razif Ahmad.




Majlis yang diadakan sebenarnya secara tidak langsung meraikan 3 YB iaitu:

1) Yang Bersara - Cikgu Rusnah
2) Yang Bertukar - Cikgu Syafini
3) Yang Berpindah - Cikgu Razif

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Cikgu Razif yang datang dari jauh - Kuantan, semata-mata untuk memeriahkan majlis yang diadakan.