Guru-guru dan staf sesi 2013

Guru-guru dan staf sesi 2013

Thursday, October 31, 2013

Sukan Tahunan 2013...

Alhamdulillah...

Acara Sukan Tahunan bagi tahun 2013.. telah selesai dilaksanakan dengan jayanya. Segala penat lelah para guru bertungkus-lumus menjayakan program ini akhirnya berbayar dengan perjalanan program yang lancar. Cuaca pun sentiasa menyebelahi dengan memancar dengan cerahnya.. Alhamdulillah...

Program hari ini adalah kemuncak kepada hari-hari sebelumnya. Sebelumnya, telah diadakan acara merentas desa, melontar peluru dan lompat jauh.

Acara hari ini dimulakan dengan acara perbarisan yang menyaksikan kreativiti para guru rumah menyiapkan ahli rumah masing-masing. Pelbagai ragam dan rupa boleh dilihat pada setiap ahli rumah yang menyertai perbarisan.
Rumah Kuning @ Pra SKKP


Rumah Merah @ Rumah Saga =  Tema: Kami Pahlawan

Rumah Hijau@ Rumah Waja = Tema: Bumi Hijau

Rumah Biru @ Rumah Wira = Tema: Samudera

Cikgu Rumah Wira...





Seterusnya adalah bacaan ikrar oleh ketua murid. Dan bermulalah acara balapan dan sukanika.

Acara tahunan ini menyaksikan Rumah Biru @ Wira menjadi membolot kebanyakan acara yang dipertandingkan dan sekaligus dinobatkan sebagai johan keseluruhan. 

Kamilah  juara!!!
  Olahragawan sekolah di anugerahkan kepada Ahmad Ghaddafi dari Rumah Merah dan olahragawati pula dianugerahkan kepada Nur Ain Fatihah dari Rumah Biru...

Olahragawan Sekolah: Ahmad Ghadaffi Che Baharom
  Tidak ketinggalan acara untuk ibu bapa dan juga cabutan bertuah untuk mereka yang bertuah..hehehe...

Tak lupa juga  ucapan terima kasih kepada para petugas; ibu bapa, pemimpin setempat dan alumni SKKP yang bersama-sama mengembeleng tenaga menjayakan program ini.


Saturday, October 5, 2013

Kem Bestari Solat

Salam bertemu kembali...

Alhamdulillah.... Kem Bestari Solat berjalan seperti yang dirancang.... walaupun pada mulanya agak menimbulkan kesukaran kerana kekurangan tenaga kerja berikutan ada guru yang masih berkursus. Minggu ini 2 orang guru terlibat dengan kursus KSSR tahun 4.

Makanan dah sampai.....

Yum...yum..yum.... lepas dengar ceramah.... berselera sangat rasanya..

'Beratur betul-betul.... baru cikgu bagi makanan....'

Hafal... jangan tak hafal...

Khusyuk dengar cerita Ustazah Hidayah...

Kumpulan Cikgu Laili....

Kumpulan Cikgu Roha...

Jom susun...

eemm... yang mana dulu ya..

Akhirnya.. berjaya...

' Jom susun sama-sama'


Tahniah diucapkan kepada guru-guru yang mengembleng tenaga menjayakan program ini. Semoga murid-murid dapat mengaplikasi dan mengamalkan apa yang telah diajar.

Semoga murid-murid SKKP akan menjadi seorang insan yang bukan sahaja berjaya di dunia..tapi di akhirat.