Guru-guru dan staf sesi 2013

Guru-guru dan staf sesi 2013

Sunday, November 17, 2013

Hari Anugerah Kecemerlangan Kukurikulum dan Graduasi Pra 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

14 November 2013 ( Khamis)

Hari ini mencatatkan sejarahnya yang tersendiri kerana pada hari ini: Majlis Anugerah Kurikulum diadakan serentak dengan pengumuman keputusan UPSR 2013.

Seperti biasa; seperti tahun-tahun sebelum ini, orang yang dipertanggungjawabkan untuk mengambil keputusan UPSR adalah Cikgu Shah Rum Shah. Di sebabkan Majlis Anugerah ini bersamaan tarikh dengan Keputusan UPSR, maka majlis dimulakan selepas keputusan diperolehi.

Seperti biasa, kepulangan Cikgu Shah Rum dari PPD dinanti dengan penuh debaran oleh para guru - terutamanya guru tahun 6. Debaran lebih terasa bagi 2 orang guru yang mempunyai anak yang menjadi calon UPSR SKKP iaitu Cikgu Fazillah dan Cikgu Nor Liza.

Alhamdulillah... keputusan yang diumumkan amat membanggakan SKKP. Seorang murid mendapat 5A dan 2 orang 3A 2B. Peratus kelulusan juga meningkat dari 63% ke 84%. Peratus kelulusan bagi setiap subjek juga meningkat dengan kelulusan 100% bagi BM Pemahaman, BM Penulisan dan Sains. Bagi matapelajaran BI dan Matematik hanya seorang murid gagal bagi dua matapelajaran tersebut yang memberi peratus kelulusan adalah 92%. Tahniah diucapkan kepada semua.

Keputusan UPSR tersebut turut diumumkan oleh guru besar di dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Kukurikulum yang diadakan selepas rehat.

Setelah itu, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi murid pra sekolah sempena Majlis Graduasi Pra . Seramai 6 orang murid akan naik ke tahun 1 tahun hadapan.

Majlis Anugerah diteruskan selepas itu dimulakan dengan penyampaian hadiah kepada murid tahun 1, tahun 2 dan seterusnya. Alia Natasya bt Sapri mendapat tepukan gemuruh apabila menerima hadiah kerana dia merupakan murid yang mendapat 5A dalam UPSR. Hadiah yang diterima berupa wang tunai sebanyak RM. 150 - sebagai insentif mendapat 5A dalam UPSR.


No comments:

Post a Comment