Guru-guru dan staf sesi 2013

Guru-guru dan staf sesi 2013

Saturday, May 24, 2014

Program Sarana Ibu Bapa dan Hari Penetapan Target...

22 Mei 2014 ( Khamis)

Alhamdulillah.... hari yang sebuk berjalan lancar.....

Tentatif program adalah seperti berikut:

9.00 - Program Klik dengan Bijak - Disampaikan oleh pegawai dari Pusat Akses Kuala Krau di dewan SKKP.


 Setelah sesi taklimat... murid-murid ke kantin sekolah untuk pertandingan mewarna sempena Klik dengan Bijak. Hadiah untuk para pemenang turut ditaja oleh Pusat Akses.




Pemenang untuk Pra .. Dina Yasmin Zaid

Hamper untuk guru pun ada..... Terima Kasih.....

Para guru bersama penceramah dari Klik dengan Bijak...

10.30 pagi - Ketibaan para ibu bapa untuk program Sarana Ibu Bapa.

Pendaftaran ibu bapa dan penjaga...

En. Shah Rum ( GPK 1) dan En. Mustafar (Pengerusi PIBG)

Kata-kata aluan oleh En. Shah Rum Shah selaku GPK 1 @ Pemangku Guru Besar

Sesi Penerangan  Program Sarana oleh GPK HEM - Cikgu Nor Liza Mohd Arif


Setelah tamat sesi sarana bersama ibu-bapa... sesi perjumpaan ibu bapa bersama guru pula diadakan. Sesi ini adalah untuk menyerahkan keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang lalu . Sesi ini memberi peluang kepada ibu bapa berinteraksi bersama para guru dalam mencari penyelesaian dalam masalah pembelajaran yang dihadapi oleh anak masing masing.






Dalam sesi ini, para guru dan ibu bapa dapat menyelami masalah yang dihadapi oleh murid-murid samaada di sekolah atau di rumah. Sekurang-kurangnya ibu bapa dapat mengetahui tahap pencapaian anak-anak masing-masing.

Usai program, 4 para guru bergegas pula ke Forum Pendidikan sempena Sambutan Hari Guru di SMK Gali. 2 orang guru BI ke PPD menghadiri taklimat berkaitan Bahasa Inggeris. Malamnya pula... guru-guru yang tidak ke Forum Pendidikan.... menghadiri Majlis Bacaan Yassin di Masjid Raub juga sempena Sambutan Hari Guru.


Satu hari yang sebuk bagi guru-guru SKKP. :)



No comments:

Post a Comment