Guru-guru dan staf sesi 2013

Guru-guru dan staf sesi 2013

Sunday, May 18, 2014

Selamat Hari Guru 2014


Guru: " Pencetus kreativiti Penjana Inovasi"
Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Hari ni... 16 Mei 2014.... Guru-guru diseluruh Malaysia di raikan.

Tidak ketinggalan... Skkp juga turut meraikannya dengan meriah.

Acara dimulakan dengan bacaan perutusan oleh GPK 1, En. Shah Rum Shah.


Seterusnya... Acara padang @ sukanika yang menggabungkan guru dengan murid. Murid di bahagikan kepada kumpulan A dan B. Begitu juga guru.

Setelah waktu rehat... Acara dalam dewan pun di mulakan. Persembahan dari murid untuk guru benar-benar menyentuh perasaan.

PerPersembahan murid pra dan tahun 4

Sedang asyik menonton persembahan murid, para guru dikejutkan dengan kehadiran pegawai dari bank Rakyat yang datang membawa kek hadiah sempena sambutan hari guru.





Sesi terakhir adalah sesi memberi hadiah... jadi.. murid-murid memberikan hadiah hari guru kepada guru-guru kesayangan mereka.

Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar pendidik....



No comments:

Post a Comment