Guru-guru dan staf sesi 2013

Guru-guru dan staf sesi 2013

Sunday, August 10, 2014

Kem Motivasi UPSR 2014

Sabtu : 9 Ogos 2014

Alhamdulillah... Program Motivasi UPSR telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Program tersebut adalah salah satu program dibawah " Projek Kembali Ke Sekolah".

Projek Kembali Ke Sekolah adalah satu projek untuk menghimpunkan semula bekas-bekas pelajar atau alumni SKKP untuk membantu sekolah dari segi kewangan, tenaga, buah fikiran atau apa sahaja yang dapat disumbangkan untuk meningkatkan pencapaian dan pembangunan SKKP.

Kem Motivasi UPSR dianjurkan dengan kerjasama bekas murid @ alumni SKKP iaitu En. Sharudin b Jali. Objektif utamanya adalah untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada murid-murid.

Kem ini bukan sahaja dihadiri oleh murid tahun 6, tetapi murid tahun 5 beserta ibu bapa mereka. Berikut adalah biodata penceramah jemputan:

Bioadata Penceramah:

En. Sharuddin b Jali


Nama: Sharuddin b Jali
Jawatan: Ketua Pengarah, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Pahang
Asal: Kampung Kundang Patah
Bersekolah di SKKP: 1981-1986

Murid-murid bergambar bersama YDP PIBG- En. Mustafar, En Sharuddin, dan Cikgu Yahya


Para guru yang turut membantu dan memeriahkan program


Semoga semua murid dan ibu bapa yang hadir mendapat manafaat dari apa yang telah dikongsikan oleh Tuan Penceramah. Insya Allah..

No comments:

Post a Comment