Guru-guru dan staf sesi 2013

Guru-guru dan staf sesi 2013

Friday, August 22, 2014

Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2014


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah.... Untuk tahun 2014... PIBG SK Kundang Patah telah berjaya menganjurkan Jamuan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah.

Sambutan yang diterima amat menggalakkan. Jamuan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini dibuat secara besar-besaran. Para jemputan adalah terdiri daripada ADUN Batu Talam; Dato' Aziz Kiram, pemimpin-pemimpin tempatan, dan penduduk setempat.

Persediaan untuk jamuan sebenarnya dibuat sehari sebelumnya... Iaitu pada hari Khamis(14/08/2014). Para ibu datang ke sekolah memasak rendang sementara para bapa membantu membina khemah dan membakar lemang. Semangat bergotong-royong dan berkerjasama jelas terlihat antara para ibubapa dan guru dalam menjayakan acara tahunan ini.

Khamis - 14 Ogos 2014

Para ibu menyediakan bahan untuk memasak rendang

Menyediakan pulut untuk melemang


Tugas para bapa: melemang...

Pada hari kejadian: Jumaat 15 Ogos 2014

Ucapan alu-aluan dari Guru Besar SKKP..

Tetamu Kehormat: Dato' Aziz bin Hj Kiram ( ADUN Batu Talam)

SAmbutan menggalakkan dari para penjaga..

Turut memeriahkan suasana; Penghulu Mukim Semantan En Malian dan Mantan GB; En Ahmad Shafii

Anak-anak SKKP

Duit raya dari Dato' Aziz..

Penggerak SKKP

Warga SKKP dan keluarga...

 Kehadiran para VVIP yang terdiri daripada ADUN Batu Talam, Penghulu Mukim Semantan, Pengarah CCRC, wakil dari Balai Polis Cheroh dan Semantan, Wakil dari PPD sangat-sangat dihargai.

Semoga hubungan silaturrahim diantara pihak sekolah, ibubapa/ penjaga dan agensi-agensi kerajaan di sekitar akan bertambah erat dan saling bersimbiosis untuk kesejahteraan bersama.

No comments:

Post a Comment