Guru-guru dan staf sesi 2013

Guru-guru dan staf sesi 2013

Tuesday, June 17, 2014

Berakhirnya satu penantian....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Mesti ramai yang tertanya-tanya... Mengapa lain sangat tajuk post kali ni...

Untuk makluman.... Sekolah Kebangsaan Kundang Patah tidak bernakhoda sejak bulan Mac lagi... Ini disebabkan mantan Gb.. En Ahmad Shafii b Mat Arif telah secara rasminya berpencen berkuatkuasa pada 1 Mac 2014. Sejak itu... Para guru berteka-teki siapa yang akan menerajui Skkp seterusnya....

Semasa dalam cuti pertengahan semesta, persoalan inilah yang bermain-main di fikiran guru. Berdebar-debar menunggu hari pertama, mungkinkah akan muncul seorang guru baru di SKKP?...

Persoalan akhirnya terjawab pada jam 1.30 tengahari hari Isnin apabila posmen tiba membawa surat rasmi ke sekolah yang dialamatkan kepada Guru Besar Skkp...

Secara rasminya... En Amiruddin b Ahmad, yang sebelum ini menjadi Guru Besar di SK Chenua akan meneruskan khidmat sebagai nakhoda baru Skkp....

Selamat datang diucapkan kepada En Amiruddin b Ahmad. Kami, guru-guru SK Kundang Patah mengalu-alukan kedatangan tuan.

Semoga dengan pimpinan tuan, SKKP akan terus Gemilang Menuju 2015.

Sekitar Majlis Perpisahan Mantan Guru Besar SKKP: En Ahmad Shafii b Mat Arif








No comments:

Post a Comment