Guru-guru dan staf sesi 2013

Guru-guru dan staf sesi 2013

Wednesday, June 18, 2014

Mesyuarat pertama bersama Guru Besar baru.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Masih cerita tentang Guru Besar baru.

Hari ini telah diadakan mesyuarat secara rasmi bersama Nakhoda baru SKKP, En. Amirudin bin Ahmad.

Secara umumnya.. Mesyuarat ini adalah merupakan sesi suaikenal antara guru-guru SKKP dengan bos baru.

Rupa-rupanya.... 2 orang guru SKKP iaitu Cik Nanthini dan Puan Norliza Majid merupakan anak murid En. Amirudin. :)

Puan Norliza yang ceria berjumpa semula dengan bekas gurunya yang kini menjadi bosnya... ;)


Nakhoda baru: En. Amiruddin b Ahmad

Di permulaan mesyuarat... En. Shah Rum Shah selaku GPK 1 dan pemangku GB memperkenalkan setiap guru kepada dan memberi pelaporan berkaitan pencapaian dan pentadbiran sekolah kepada En. Amiruddin.

Selaku peneraju baru SKKP, En  Amiruddin turut memberi amanat-amanatnya kepada para guru SKKP. Beliau juga berjanji akan menyelesaikan dengan segera masalah-masalah yang telah timbul semasa ketiadaan GB sebelum ini.

Adalah diharapkan semoga keluarga SKKP akan terus melahirkan insan-insan yang cemerlang dunia dan akhirat.


No comments:

Post a Comment