Guru-guru dan staf sesi 2013

Guru-guru dan staf sesi 2013

Wednesday, June 18, 2014

Aktiviti ko-kurikulum minggu ini...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pada minggu ini aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan adalah aktiviti persatuan dan unit berunifom. Di SKKP... Unit berunifom yang ada adalah Pengakap untuk murid lelaki dan Puteri Islam untuk murid perempuan.

Pada minggu ini, aktiviti pengakap adalah bergotong-royong membersihkan dan mengemas stor sukan. Alhamdulillah... Stor yang dulunya sempit, gelap dan menyeramkan telah bertukar menjadi lebih luas, kemas dan ceria.

Aktiviti Unit berunifom Puteri Islam pula adalah membuat kraftangan dari barang terbuang. Hari ini murid diajar membuat buku mini oleh Ustazah Hamidah. Ustazah Hamidah sememangnya seorang guru yang kreatif. Ada sahaja ideanya yang kreatif dan menarik untuk diaplikasikan.

Murid tekun menghias buku mini yang dihasilkan.


Hasilnya.... buku mini yang comel...

Pada bahagian atas buku ditebuk lubang untuk diletakkan ring... lebih sesuai disebut mini book keychain.
Buku-buku mini yang dihasilkan adalah daripada lebihan-lebihan kertas yang tidak lagi di gunakan.
Nilai 3R- Recycle,Re-use dan Reduce digunakan. Semoga alam menjadi lebih hijau... ;)

No comments:

Post a Comment